Sunday, 25 October 2009

Setelah 10 tahun…. akhirnya…

Setelah 10 tahun aku bekerja sebagai HR & Admin. Manager kat tempatku kerja sekarang ini… akhirnya 19/10/2009 aku mempunyai assistantku sendiri.

Kalau tak sebelum ini akulah manager, akulah officer dan akulah kerani. Semua kerja kat departmentku aku lakukan seorang.

Paling susah ialah bila aku out-station dan tiba-tiba ada masalah kat kilang. Masa tu memang pening punya.

Jenuh nak layan karenah hampir 250 pekerja yang kebanyakannya pekerja asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Indonesia.

Kalau orang sibuk pasal 1Malaysia, company aku boleh dianggap sebagai 1Asia. Macam-macam ada…..

Susah juga nak kawal macam-macam bangsa nie. Perkara paling penting adalah untuk memastikan keadilan dan tidak terlalu cenderung kepada sesuatu bangsa. Contohnya kalau aku ambil tindakan tegas terhadap Myanmar yang selalu tidak datang bekerja, mereka akan berkata “kenapa Nepal boleh” dan macam-macam lagi. Jadi kalau nak hukum…. hukuman adalah sama.

Aku harap assistant aku Dewi Mashitah yang mempunyai pengalaman kerja sebelum ini dapat meringankan bebananku terutama kerja-kerja berkaitan rekod pekerja.

Friday, 23 October 2009

The Times-Telegram Buat YOKO

salahkah diriku
bila ku berkata
kau pendusta
kau salahkan diriku
silap ku anggap kau penawar
kau racun berbisa
kau racun fikiranku
ketara berbeza caramu
dengan caraku
kian berubah
kotornya/naifnya hidupmu
silap ku anggap kau cahaya
bidadari syurga
kau mungkiri janjimu
7 lautan sanggup ku renang
luas benua untuk ku rentas
selamatkan mahkotamu
dunia penuh dugaannya
jahat hasutan manusia
selamatkanlah dirimu...

The Times - Lagu Bintang

*
Oh bintang
Paling jauh
Ku cuba tuk memetikmu
**
Semalam ku terjatuh
Kau sambut walau berdebu
Sejuknya di malam itu
Musim bunga atau salju
Bertemu...
Oh bintang
Paling jauh
Ku cuba tuk memanggilmu
Semalam ku terjatuh
Kau dakap walaupun halus
Sejuknya di malam itu
Musim bunga atau salju
Bertemu...
***
Gugurlah bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
Lagu Bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
ULANG *, **, ***
Lagu Bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
Lagu Bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
Sepi mimpiku 4x

The Times - Khayal Khayalan

Bahaya sedang menunggu mu.....(2X)

Disebalik awan kelabu..

Berpaling wajah satu persatu..

Terjalin hubungan

Oh dunia tanpa bicara..

Gelora Asmara...

Rembulan jatuh kita berlari..

Mengejar onak ranjau berduri..

Diwaktu malam

Oh Mawar ku hilang

Entah di mana

Angkara siapa???

C/O:

Jangan di ganggu milek ku

Hanya dia yang kusuka

Usah di rayu hatimu

Kelak bencana akan menimpa..........

bahaya sedang menunggumu...

dalam dakapanku....

sedang menunggumu...

khayal khayalanku....

The Times - Pesona Algebra

Bila kau berlalu
Menghampiriku
Bersahaja
Tak perlu malu

Bukanku tak mahu
mendekatimu
Kau ternyata
Cherita lama

Kau masih begitu
Angkuhnya sikapmu
Simpan saja
Semua egomu

Bukan ku tak tahu
Oh isi hatimu
Kau ternyata cherita lama

Korus:
Berat matamu
Memerhatiku
fikiran buntu
Mengenangkanku
Sesal bertemu
Melepaskanku
Di angin lalu

Saturday, 17 October 2009

Minggu bekerja yang sibuk

Aku rasa sepanjang minggu bekerja antara 12/10/2009 hingga 17/10/2009 merupakan antara minggu yang tersibukku. Entahlah.... macam-macam dugaan yang berlaku.

Betul-betul tertekan aku dibuatnya. Minggu ini juga aku terpaksa memilih staff baru untuk jawatan HR Clerks dan Shipping Clerks.

Dalam banyak-banyak calon yang datang aku telah memilih dua orang calon yang sesuai. Kedua-duanya dari kampung yang sama. Aku meminta mereka mula bertugas pada hari Isnin nanti. Tak tahulah samada mereka benar-benar ingin bekerja atau tidak.

Aku tak kisah sangat sebab aku dah sediakan 'calon kecemasan'. Hahaha...

Minggu ini juga menyaksikan 15 staff termasuk kedua-dua bossku tidak ada di pejabat selama 3 hari. Aku, Zaidi dan Su diamanahkan untuk mengambilalih keseluruhan kilang. Pening dibuatnya. Kesemua mereka pergi tanpa menyiapkan tugas mereka. Kelam-kabut juga. Nasib baik kami dapat menyelesaikan kesemua masalah yang datang.

Hari Sabtu 17/10/2009 yang merupakan antara hari-hari terakhir Syawal menyaksikan rumah-rumah terbuka masih diadakan. Aku sempat pergi dua rumah kawan isteriku dan malamnya jamuan hari raya anjuran UMNO dan Pakatan Tunas Pt Haji Othman.

Ketua UMNO Cawangan PT Hj Othman yang juga merupakan ahli Parlimen Ledang YB Hj Hamim Samuri merasmikan majlis tersebut.

Sunday, 12 April 2009

Anugerah Bintang Popular 2008 (12/4/2009)

 

Pengacara TV Lelaki Popular

AZNIL

Aznil Haji Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular

FARA FAUZANA 1

Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular

FAIZAL ISMAIL

Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular

FARA FAUZANA 2

Fara Fauzana

Penyanyi/Artis Nasyid Popular

RABANNI

Rabbani

Artis Komedi Lelaki Popular

NABIL RAJA LAWAK

Nabil

Artis Komedi Wanita Popular

NOORKHIRIAH

Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular

NABIL RAJA LAWAK 2

Nabil

Artis Baru Wanita Popular

STACY 2

Stacy

Penyanyi Lelaki Popular

Siapa? Adam? Aizat? Amy Search? Mawi? Nubhan?

Penyanyi Wanita Popular

Siapa? Elyana? Jaclyn Victor? Mila? Siti Nurhaliza? Stacy?

Pelakon TV Lelaki Popular

ROSYAM NOR

Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Popular

DYNAS

Dynas

Artis Berkumpulan/Duo Popular

MUH

Meet Uncle Hussain

Pelakon Filem Lelaki Popular

QUE

Que Haidar

Pelakon Filem Wanita Popular

MAYA KARIN

Maya Karin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

JAMAL ABDILLAH

Jamal Abdillah

Anugerah Bintang Paling Popular 2008

NABIL RAJA LAWAK 3

Nabil

Monday, 6 April 2009

Dan Sebenarnya


Oh bulan
yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku
Ku enggan
berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku
Di saat kau merenung matanya
ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku

Monday, 2 March 2009

Bertolak ke Kuala Lumpur untuk MIFF 2009

Aku dah janji nak ke rumah Miss Lau pukul 9.00 pagi tapi aku masih tak siap ‘prepare’ barang-barang aku. Biarlah dia tunggu…

Aku sampai kat rumah mak Miss Lau pukul 10.00 malam. Lepas tu baru aku ambik Miss Ng. Tak jauh rupanya rumah Miss Ng dari rumah mak Miss Lau. Alamak!!! Besarnya beg dia… boleh ke masuk. Kemudian kami ke kilang dahulu untuk mengambil beberapa barang.

Aku pening nak susun barang-barang kat bonet kereta aku. Tak muat. Terpaksa aku keluarkan kotak perkakasan aku. Aku letak kat ‘Guard House’. Itu belum lagi masuk barang-barang Annie.

Kami bertolak dari rumah Annie lebih kurang pukul 11.00 pagi. Aku kelakar tengok Annie yang takut bila aku bawak 140 km/j. Bukannya laju sangat. Kami singgah dahulu kat Seremban untuk makan tengah hari. Kami ingat kat situ ada KFC tapi rupanya tidak. Akhirnya kami makan at Shalala. Boleh tahan juga rasa nasi shalala. Nama aje nasi shalala tapi sebenarnya nasi ayam.

Kami sampai kat PWTC lebih kurang pukul 1.30 petang. Aku parking keretaku kat tepi Hall 1. Banyak benda yang kami perlu kemaskan petang itu. Lebih kurang pukul 4.00, aku dan Miss Ng pergi ke Hotel Dynasty untuk ‘check-in’.

KL malam dari Dynasty Hotel

2009-03-02-0922pm 2009-03-02-0923pm

Sunday, 1 March 2009

Mengemas booth kami kat di PWTC

Tepat pukul 6.00 pagi, kereta bossku sudah muncul kat depan rumahku. Nasib baik aku dah siap. Tak lama masuk kereta, mataku dah terlelap….zzzzzzz

Bila aku sedar kereta bossku dah berhenti kat R&R Seremban. Kami bersarapan dahulu kat situ. Sampai kat PWTC pukul 8.00 pagi. Hak Hwee dah sampai dahulu dari kami.

20090301-0815am

20090301-0830am

20090301-0903am

20090301-0937am

20090301-1055am

20090301-1220pm

Monday, 16 February 2009

Keretaku masuk ICU di Melaka

 

Aku bertolak ke Melaka 7.30 pagi. Aku kena sampai awal sebab takut ramai orang kalau sampai selepas 8.30 pagi. Terpaksalah aku memecut lagi. Sampai berdekatan simpang Muar – Melaka – Ayer Keroh, keretaku tiba-tiba mati ketika sedang memotong.

Alamak! Habislah… nasib baik aku sempat membelok ke tepi sebelum kereta berhenti. Aku cuba menghidupkan enjin semula. Enjin boleh dihidupkan tetapi ada bunyi yang kuat.

Aku rasa aku pernah kena macam nie setahun yang lalu kat simpang Sri Tanjung dan Bakri - Muar. Mekanik tu marah aku sebab aku teruskan bergerak walaupun hanya untuk satu kilometer. Dia kata ia menyebabkan enjinku bertambah rosak. Pelik! Takkan baru setahun repair dah rosak lagi benda yang sama?

Aku telefon boss-bossku. Dia suruhku memanggil lori tarik untuk membawa keretaku ke Muar. Apalah….. Bagilah idea baik sikit. Dia ingat upah tarik tu murah?

Tiba-tiba aku teringatkan Pak Longku yang tinggal di Taman Bachang Melaka. Nasib baik dia ada. Pak Long tiba di tempat keretaku rosak kira-kira jam 9.30 pagi. Dia bawak mekanik sekali.

Mekanikku kata dia tak boleh bawak kat situ. Kena tarik ke bengkel. Alamak! Tarik juga……

Aku dan Pak Longku meninggalkan mekanik tu di situ menunggu kereta tarik sampai. Aku kemudian ke Fomema untuk menyelesaikan kerja yang sepatutnya kubuat. Nasib baik orang tak ramai. Lepas tu aku sarapan dahulu sebelum ke bengkel.

Sampai di bengkel aku lihat keretaku belum sampai lagi. Selepas 30 minit baru keretaku sampai.

Kemudian aku ke rumah Pak Long untuk makan tengahari dan sembahyang Zohor. Pukul 4 petang baru aku ke bengkel. Tak bukak lagi enjinku.

Sementara itu aku dan Pak Long ke Tesco sekejap. Selepas sejam kami ke bengkel semula. Mekanik tu menunjukkan kerosakan yang ada pada keretaku. Kosnya RM650 ke atas. Kalau nak cepat kena tukar enjin baru. RM1250 katanya. Itu belum lagi masuk upah tukar no chasis kat JPJ.

16022009 Inilah enjin keretaku yang dibedah oleh mekanik.

Kalau repair 3 hingga 4 hari baru siap. Aku membawa pulang kereta Pak Long (kereta Proton Saga lama) untuk balik ke Muar. Aku sampai di Muar kira-kira jam 7.15 petang.

Selepas maghrib aku dan keluargaku ke Wetex untuk membeli kotak anak-anakku yang bersekolah di Tadika Kemas. Mahal jugak kotak-kotak tu.

Friday, 13 February 2009

Program Home Working di Segamat

Hari ini aku dan Rohaiza akan ke Majlis Pelancaran Program Home Working Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 di Segamat, Johor. Kami bertolak jam 8.45 pagi.

Jalan ke Segamat memang memeningkan kepala. Macam ulat kena ketuk…. Belok kiri, belok kanan…. Selekoh pulak semuanya selekoh ‘L’. Kalau orang tak cekap atau bawak laju ‘confirm’ terbabas punya. Buktinya… di semua selekoh besi penghadangnya dah hancur kena langgar. Tapi apasal tak ganti baru?

Sampai di Bandar Segamat kami sesat pula. Tak dapat cari Dewan Jubli Intan. Nasib baik budak kerja Petronas tunjukkan aku jalan ke dewan tu. Sampai kat dewan dah pukul 10.30 pagi. Lamanya….

Aku disambut oleh Encik Shafee Pejabat Buruh Muar. Dia cakap aku majikan pertama yang datang dari Muar. Aku tengok peserta Olli Collection dengan MAN Electronics tak datang lagi.

Kesian aku tengok Dewan Jubli Intan Segamat. Sudahlah kecik, tak ada air-con pulak. Kesian-kesian…..

Tak lama lepas tu baru Zainal dari MAN Electronics sampai. Aku tengok dia datang seorang sahaja. Dia cakap syarikat dia tak nak beri kerjasama. Kesian betul aku tengok dia.

SDC10021Pentas yang bakal menyaksikan perasmian program Home Working oleh Menteri Smber Manusia. 

Aku dan Rohaiza mengemas booth kami tapi nampak kosong sahaja. Kenapa yea? Aku baru teringat yang aku terlupa nak bawak katalog. Patutlah…. Nasib baik aku bawak laptop dengan ‘pen drive’. Aku masukkan gambar-gambar model lama produk keluaran syarikat ke dalam ‘pen drive’ untuk dicuci di kedai gambar.

SDC10022 Rohaiza sedang membuat demo. Waktu nie masih pagi. Tak ramai orang lagi.

Kalau ikut atucara majlis, ia akan bermula jam 2.30 petang. Jadi aku dan Zainal pergi mencari kedai gambar. Kami ke Giants Segamat tapi tak ada apa kat sana. Giants sana kecik aje. Berpusing-pusing kami cari kedai gambar. Nasib baik jumpa.

SDC10023

Gambar Atas: Antara syarikat dari Muar yang menyertai pameran di Segamat.

SDC10024

Gambar Atas: Antara syarikat dari Muar yang menyertai pameran di Segamat.

SDC10025

Gambar Atas: Antara syarikat dari Muar yang menyertai pameran di Segamat.

Mahal cuci gambar kat Segamat. Satu keping cuci gambar digital 4R harganya RM1.00. Kalau kat Muar cuma 40 sen hingga 60 sen sahaja ikut kuantiti yang kita cuci. Apa boleh buat… terpaksa…..

Aku dan Zainal kemudian mencari KFC. Maklumlah perut dah lapar. Aku bukan tak nak pergi kedai makan biasa tetapi sebab kat KFC ada resit…. jadi aku boleh ‘claim’ makan. Kami tak sempat sembahyang Jumaat sebab katanya acara bermula 2.30 petang. Lagi pun kami ‘musafir’ he he he…

SDC10026 Sebelum acara perasmian.

Pukul 2.15 petang kami sampai ke dewan. Ketika itu baru aku dapat tahu acara sebenar perasmian adalah pada pukul 4.00 petang.

SDC10027 Rohaiza membuat demo kepada peserta yang berminat sebelum acara perasmian.

Geram betul aku. Macam orang bodoh aje kat booth. Pukul 3.30 petang baru aku duduk kat kerusi perasmian. Nak tertidur aku kat kerusi sebab mengantuk sangat.

SDC10029

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam memberi ucapan.

Dekat 4.30 petang baru Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam tiba di dewan. Lepas ucapan barulah acara perasmian dan penyerahan sijil oleh menteri tersebut. Masa aku menerima sijil, Datuk sempat menanyaku beberapa soalan.

SDC10033 Duduk di meja yang dikhaskan untuk acara menandatangani MOU di hadapan Menteri.

Selepas itu aku duduk di meja untuk menandatangani MOU antara syarikat dan peserta Home Working di hadapan Menteri.

SDC10032 Antara syarikat yang menerima sijil.

SDC10034

Menteri Sumber Manusia sedang melihat upacara menandatangani MOU. Giliran yang paling akhir sekali.

Booth kami adalah booth pertama yang dilawati oleh Menteri…. jadi banyak yang Datuk tanyakan pada aku dan Rohaiza. Pening juga aku.

Ramai sungguh orang yang datang ke booth kami sampai tak terlayan. Sebelum perasmian tak ramai orang…. tapi selepas perasmian ramai betul orang.

Kami bertolak pulang ke Muar pada pukul 6.20 petang. Pukul 8.00 malam baru aku sampai di Muar. Sampai kat rumah kulihat isteriku sedang memasak udang…. wah…..sedapnya…..

Wednesday, 11 February 2009

Pekerja Bangla buat hal lagi….

 

Rabu 11/2/2009:

Geram aku hari nie… pagi-pagi lagi pekerja Bangla dah buat hal. Si Babul dengan Mohasin ‘komplen’ kat aku pasal Abdul Jalil. Dia kata Abdul Jalil tidur lambat sebab tengok TV. Susah kawan-kawan lain nak tidur.

Dia juga cakap Abdul Jalil suruh 2 budak contract, Manik dengan Sabuj jangan dengar cakap aku supaya pindah ke hostel baru. Apa lagi….. melentinglah aku…… Aku dah pesan kat dia orang baik-baik supaya pindah tetapi tak nak dengar.

Aku keluarkan ‘warning letter’ dengan denda RM100 setiap seorang. Sebenarnya bukan aku nak denda sangat pun… saja nak tengok reaksi diorang…. Kalau dia orang mintak maaf, aku ‘cancel’lah nanti.

Aku pun serahkan ‘warning letter’ tu kat diaoarang berdua. Lepas tu aku panggil Abdul Jalil sebab aku nak dengar sendiri penjelasan beliau. Aku tak naklah dengar penjelasan dari satu pihak aje.

Abdul Jalil menyatakan perkara itu berpunca dari almari dapur yang dibolot secara berlebihan oleh pengadu iaitu Babul dan Mohasin. Ceh… patutlah….. Nasib baik aku siasat dulu…….

Lepas tu aku ke kilang di Parit Bakar. Aku kemudian pergi ke bandar untuk memasukkan cek…. Aku dengar kat radio Muar tengah ‘jem’ sebab ada lumba basikal. Aku cuba jalan lain. Nasib baik aku pandai. Aku parking jauh sikit.

Kat Maybank ramai orang pulak hari nie. Lama aku kat situ. Lepas ambik buku cek, aku pergi makan mee bandung kat kedai makan Hanafiah. Sedap betul mee bandong dia.

Tengahari tu Manik dengan Sabuj menemuiku dan merayu supaya tidak di denda…. Mereka juga memohon maaf padaku…. He..He..He… Sebenarnya inilah yang kemahu…. Aku maafkan dia orang dan memberi tempoh sebelum 20/2/2009 untuk berpindah.

Sunday, 18 January 2009

Hari yang kelam-kabut..

Aku terlewat bangun hari nie. Kelam-kabut aku bersiap untuk ke tempat kerja. Kat bandar 'jam; pulak kat depan pasar... Agaknya orang cina dah start belanja...