Aku rasa sepanjang minggu bekerja antara 12/10/2009 hingga 17/10/2009 merupakan antara minggu yang tersibukku. Entahlah.... macam-macam dugaan yang berlaku.
Betul-betul tertekan aku dibuatnya. Minggu ini juga aku terpaksa memilih staff baru untuk jawatan HR Clerks dan Shipping Clerks.
Dalam banyak-banyak calon yang datang aku telah memilih dua orang calon yang sesuai. Kedua-duanya dari kampung yang sama. Aku meminta mereka mula bertugas pada hari Isnin nanti. Tak tahulah samada mereka benar-benar ingin bekerja atau tidak.
Aku tak kisah sangat sebab aku dah sediakan 'calon kecemasan'. Hahaha...
Minggu ini juga menyaksikan 15 staff termasuk kedua-dua bossku tidak ada di pejabat selama 3 hari. Aku, Zaidi dan Su diamanahkan untuk mengambilalih keseluruhan kilang. Pening dibuatnya. Kesemua mereka pergi tanpa menyiapkan tugas mereka. Kelam-kabut juga. Nasib baik kami dapat menyelesaikan kesemua masalah yang datang.
Hari Sabtu 17/10/2009 yang merupakan antara hari-hari terakhir Syawal menyaksikan rumah-rumah terbuka masih diadakan. Aku sempat pergi dua rumah kawan isteriku dan malamnya jamuan hari raya anjuran UMNO dan Pakatan Tunas Pt Haji Othman.
Ketua UMNO Cawangan PT Hj Othman yang juga merupakan ahli Parlimen Ledang YB Hj Hamim Samuri merasmikan majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment