Thursday, 25 January 2007

Hari yang malang

Aku benar-benar geram dengan satu budak Nepal nie. Hari nie dia hilang lagi. Dia sebenarnya guard kat kilang aku tapi semalam dia tak baling kilang dan membiarkan pagar kilang terbuka dengan luas tanpa ada sesiapa yang tutup. Nasib baik tak ada pencuri yang masuk.
Memanglah kat kilang aku ada kamera CCTV tapi kalau dah hilang susah jugak. Dia tu memang degil betul. Tak serik-serik. Dah kena denda RM1000 pun buat hal lagi.
Hari nie aku dan boss aku meeting pasal budak nie sampai dekat sejam. Kita orang ambik keputusan ganti aje orang lain dan lepas tu suruh dia balik Nepal.
Pukul 10.30 aku pergi ke Maybank Parit Jawa untuk membuat bank draf bayaran Fomema. Lepas tu aku terus ke Johor Bahru melalui Batu Pahat dan Air Hitam.
Sampai kat Imigresen Johor Bahru lebih kurang pukul 1.30 petang. Aku pergi makan tengahari kat warung sebelah Imigresen dulu sebab pejabat dibuka pukul 2.00 petang nanti. Aku makan nasi ayam kat situ. Nasi ayamnya cuma RM3.00 aje dan ayamnya banyak sampai aku tak habis. Tak sangka pulak kat JB masih ada tempat makan yang murah macam nie.
Lepas makan aku pergi ke Imigresen. Nasib aku malang hari nie sebab talian komputer 'off line'. Tak dapat aku buat report pekerja lari. Aku cuma dapat ambil pasport yang sudah siap sahaja. Selepas itu aku ke KWSP JB untuk mendapatkan penyata KWSP aku. Mesin kiosk kat situ ada masalah sebab penyatanya tak keluar. Aku betul-betul geram.
Aku kemudiannya pergi ke Fomema untuk membuat bayaran. Nasibku sekali lagi malang sebab talian juga 'off line' kat situ. Terpaksa aku tinggalkan saja dokumen dan bank draf kat situ. Aku mintak dia hantar dengan kaurier dan aku membayar RM8.30.
Semasa aku balik aku tidur dahulu kat Hentian Kulai sebab mengantuk sangat. Aku samapi rumah lebih kurang pukul 5.30 petang. Isteriku tak ada rumah hari nie sebab bekerja shif petang manakala anak-anakku kat rumah makku. Pukul 6.30 petang baru aku pergi rumah makku. Hari nie makku masak mee hoon sup.

Monday, 22 January 2007

'Kantoi' dengan polis


Gambar Atas: Kuala Lumpur aku datang..... (Foto oleh Aizan)

Aku ke Kuala Lumpur hari nie. Pukul 7.30 pagi aku dah bertolak. Sampai kat Tol Tangkak, Hamdan menelefonku. Dia kata dia ada nampak aku memotongnya kat batu 10 tadi. Dia suruh aku berhati-hati sebab mungkin ada 'speed trap' hari nie.

Aku tak dengar nasihat Hamdan dan terus memecut 140 km/j sebab nak cepat. Tiba-tiba kat Tol Merlimau aku ditahan oleh polis. Alamak! Polis tu kata aku bawak 127 km/j. Aku rasa alat speed trap tu mesti rosak sebab aku bawak 140 km/j dan bukannya 127 km/j. Aku diam saja bila polis tu mintak lesen. Nak saman... samanlah sebab aku memang salah. Tunggu punya tunggu tiba-tiba polis tu cakap "tak apalah kali nie saya bagi amaran aje". Hah! Aku terkejut!

Alhamdulillah...... Kemudian aku singgah kat Hentian Ayer Keroh untuk sarapan pagi. Hamdan menelefonku dan mengatakan dia pun kena tahan. Dia 'settle' dengan RM50. Kalau aku jadi dia lebih baik kena saman sebab ada tempoh dan kita bayar kat kerajaan. Sekurang-kurangnya duit tu boleh kerajaan gunakan untuk pembangunan negara.


Gambar atas: Suasana kat Suria KLCC

Aku sampai kat Tol Sungai Besi Kuala Lumpur pada pukul 9.47 pagi. Lepas tu aku letak kereta kat KLCC. Jimmy (agen pekerja Bangladesh) masih kat Klang lagi. Sementara menunggu Jimmy, aku pergi ronda-ronda kat KLCC Suria dan Kuala Lumpur Convention Centre untuk melihat pameran tamadun Islam.
Gambar atas: Atas demo kosmetik kat Suria KLCC
Seronok juga tengok pameran tamadun Islam kat situ. Baru aku tahu rupa-rupanya tamadun Islam sebenarnya lebih awal dari barat.
Aku dapat sekeping kalendar sebagai cenderahati. Dalam pukul 11.30 pagi baru Jimmy sampai. Kemudian kami terus ke BAIRA.

Gambar atas: Kuala Lumpur Convention Center dimana terletaknya pameran Tamadun Islam yang aku pergi (Foto oleh Aizan)

Tahap keselamatan kat BAIRA amat tinggi. Susah nak masuk situ kalau tak ada sebab dan bukan wakil syarikat. Aku diminta untuk mengambil cop jari biometrik sebelum dibenarkan mengambil surat pengesahan BAIRA.
Selepas selesai di BAIRA aku kembali ke KLCC dan terus balik ke rumah. Sebelum balik aku membeli ayam KFC di Tol Sungai Besi dahulu. Aku sampai di Tol Tangkak pada pukul 3.29 petang. Aku terus ke rumah dan tidak ke pejabat lagi.

Saturday, 13 January 2007

Majlis Perkahwinan Siti

Hari nie aku, Miss Tan, Miss Lim dan Miss Tee pergi ke rumah Siti, bekas rakan sekerja kami untuk maslis perkahwinan beliau.
Aku tengok dia gunakan tema hijau. Semuanya hijau termasuk pelamin, baju pengantin, baju mak-bapak dia dan lain-lain. Nasib baik nasi minyak tak hijau.
Kami bagi hadiah kipas dan seterika untuk Siti. Beli yang murah aje.