Marhaban bagaikan sebati di dalam jiwa warga Muar.
Monday, 25 December 2006
Wednesday, 15 November 2006
Open House di rumahku
Aku kena balik cepat hari nie sebab bebudak kat kilangku nak datang beraya. Aku terpaksa bawak kereta laju sikit. Lepas hantar Siti aku terus balik ke rumah. Aku nampak kereta Kancil suami Su ada kat depanku masa aku berhenti di 'traffic light' kat bandar.
Bila aku sampai rumah, bebudak van Pt. Bakar dah pun sampai. Su dan suaminya tiba tak lama lepas tu. Aku suruh diaorang masuk dulu. Bebudak van Sarah lambat sikit.
Mak dan isteriku masak mee bandung dengan sup. Aku seronok tengok bebudak nie makan banyak. Aku tengok Farah asyik jeling isteri aku aje. Nasib baik isteriku tak kenal. Mungkin sebab badan Farah berisi sikit sekarang jadi isteriku tak perasan. Teringat kisah 5 tahun yang dulu...
Sarah balik paling lewat sebab dia berbuka puasa dulu kat rumah aku. Nasib baik ada nasi. Itu pun ambik kat rumah mak.
Malam tu aku tidur awal sebab mengantuk sangat....
Friday, 10 November 2006
Pergi shopping
Aku sampai 'office' lewat hari nie...
Petang tu Siti tumpangku balik. Lepas turunkan Siti kat Pesta, aku pergi ke Econsave untuk beli 'pampers', susu dan barang-barang dapur. Habis jugak dalam RM200. Sampai rumah dah dekat pukul 7.30 malam. Macam biasa anak-anakku Aiman dan Imman aku jaga malam tu. Kemudian aku tidur. Aku terlewat ambik isteri yang balik pukul 11.00 malam.
Thursday, 9 November 2006
Ke Johor Bahru
Van anakku Aina tak berhenti kat rumahku jam 6.15 pagi. Geramnya aku. Mungkin dia dengar bebudak darjah 1,2, ngan 3 tak sekolah dia ingat anakku juga tak sekolah. Anakku walaupun darjah satu tapi dia kena ke sekolah hari nie sebab dia ada dapat hadiah nombor tiga kat dalam kelas. Jadi terpaksalah aku hantar anakku ke sekolah sebelum jam 7.15 pagi. Isteriku pun ikut sebab dia takut anakku salah faham. Lepas balik dari sekolah aku ke rumah 'driver' van dan menyuruhnya menjemput anakku waktu tengahari nanti. Takut tertinggal pulak anakku.
Aku kemudiannya terus ke kilang kat Parit Bakar untuk membayar gaji pekerja. Kat Parit Bakar aku tengok budak Nepal yang aku 'report' polis hilang tiba-tiba ada kat kilang. Apa lagi... mengamuklah aku. Aku halau dia dan mennyuruhnya keluar dari kilang dalam masa sejam. Geram betul... Dia merayu kat aku nak kerja semula. Mana boleh! Aku dah buat report dah...
Entah kenapa aku tiba-tiba tak ada rasa kasihan pada budak tu. Biasanya aku serba-salah jugak tapi tak untuk kali ini. Ini kerana aku tahu dia hilang sebab pergi ke KL ngan Penang. Kalau macam tu 'confirm' dia tak mati kalau aku halau dia. Pergilah kat KL sana....
Masa aku kat 'production' Pt Bakar, bossku Mr Tan telefon aku. Rupanya dia kat depan. Dia minta aku bawak sekali 'sample' masa aku ke Bakri. Aku ke Bakri jam 10.00 pagi. Lepas siapkan PCB ngan beberapa dokumen, aku keluar ke bengkel kereta. Aku ganti 'absorber' keretaku dan ada satu benda lain yang aku pun tak tahu namanya. Terbang RM250.... Aku juga dah letak deposit RM100 untuk booking satu spare part. Harga sebenarnya RM500. Lepas tu lebih kurang jam 11.30 pagi aku ke Johor Bahru. Sampai di Tol Yong Peng, aku beli Smart Tag. Harganya RM100 dengan syarat isi duit RM100. Tak apa sebab benda nie boleh claim punya.
Aku sampai kat JB jam 2.15 petang. Untuk renew permit tak lama sebab tak ramai orang. Lepas renew permit aku jumpa Encik Sharol untuk 'report' pekerja Nepal lari. Lebih kurang pukul 3.30 petang aku balik ke Muar.
Sebelum balik aku singgah dulu kat Mc Donald untuk makan tengahari. Aku order burger dan dua ayam. Lapar.... Aku sampai kat Muar lebih kurang pukul 6.30 petang.
Malam tu aku jaga Aiman dan Imman sebab mak dan ayahku pergi Marhaban.
Wednesday, 8 November 2006
Pening-pening...
Pagi nie aku tengok Siti tak sampai-sampai ke 'office'. Dah pukul 9.00 pagi kenapa tak sampai? Tak lama lepas tu dia telefon dan cakap dia masuk lewat. Tak lama lepas tu dia telefon dan cakap pulak dia tak datang sebab dapat MC dua hari. Dua hari? Lamanya.....
Malam tu rumah makku ada Marhaban. Isteriku cuti mengejut kerana nak tolong makku. Nenek sebelah makku pun turut ada. Adikku dari Melaka datang waktu maghrib.
Masa marhaban aku tertidur.....zzzZZZZ
Friday, 27 October 2006
Raya Keempat Di Batu Pahat Johor
Anakku Imman dan Aiman di Selangor bergaya dengan baju 60'an sebelum bertolak pulang ke Muar
Pukul 6.00 pagi aku dan keluarga bertolak pulang ke Muar. Adik iparku yang juga tinggal di rumah sewa di Muar turut menumpang keretaku. Aku cuma singgah minum kopi di Hentian Seremban. Sampai di Muar kira-kira jam 9.20 pagi. Cepat juga aku sampai. Aku tidak singgah di rumah tetapi hanya menghantar eNor pulang ke rumah sewanya sahaja. Aku dan keluarga kemudian terus ke Parit Jamak Semerah Batu Pahat untuk menziarahi nenek sebelah bapaku. Aku sampai di rumah nenek pada jam 10.00 pagi. Pukul 1.00 petang aku pulang ke Muar. Sampai rumah aku terus tidur.... Hari ini tak ada 'Open House'. "Closed House' adalah....
Malam tu aku pergi ke rumah makku di sebelah rumah. Aku tengok Mak Uda ada di rumah mak. Kenapa sorang? Rupanya Mak Uda merajuk dengan Pak Uda. Lepas maghrib baru Pak Uda sampai dengan dua cucunya.
Thursday, 26 October 2006
Raya Ketiga Di Muar Johor dan Sekinchan Selangor
Selepas sampai di rumah Muar jam 12.30 tengah malam, aku masih tidak melelapkan mata. Aku sibuk mengemas dan mengeluar barang-barang 'khazanah' dari kereta. Sambil-sambil tu aku tengok juga rancangan raya yang ada kat tv. Kira-kira jam 2.30 pagi, isteriku mendapat panggilan telefon dari sepupunya di Sekinchan yang memberitahu nenek sebelah emak isteriku baru sahaja meninggal di Hospital Sabak Bernam ketika menunggu ambulans yang hendak membawanya ke Hospital Teluk Intan.
Aku dan isteriku terpingga-pingga apabila mendapat perkhabaran tersebut. Kami baru aje sampai dari Sekinchan tak kan nak ke sana semula? Sekinchan bukannya dekat, lebih 300 km jauhnya. Itu sekali jalan..... Penat aku pun belum habis lagi... Tak pergi pun susah jugak sebab yang meninggal tu nenek sebelah mak isteriku... pening-pening.... Dalam sibuk-sibuk memikir tu aku akhirnya tertidur.
Pagi itu aku mengambil keputusan untuk pulang semula ke Sekinchan. Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami sekeluarga bertolak semula ke Sekinchan Selangor. Aku yang mengantuk terpaksa cuba untuk 'membesarkan mata'. Aku hampir-hampir terbabas di Lebuhraya Elite antara Nilai dan Shah Alam akibat terlalu mengantuk. Nasib baik isteriku mengejutkanku yang terlelap sekejap ketika memandu. Sampai di hentian, aku tidur sekejap. Lepas tu baru aku meneruskan perjalanan.
Kami singgah makan tengahari di Restoren Tanjung di Tanjung Karang sebelum ke rumah arwah nenek sebelah emak isteriku. Maklumlah ada kematian, tentu kat rumah tu tak ada makanan. Daripada aku kebuluran nanti baik aku makan dulu.
Kami sampai ke rumah arwah kira-kira jam 2.30 petang. Rupa-rupanya arwah nenek telah dikebumikan pagi tadi. Tak apalah... sekurang-kurangnya aku dapat melawat juga.....
Petang itu aku dan keluargaku makan mee bandung special udang besar di tepi laut kampung isteriku... Sedap betul.... Aku bawak balik 3 bungkus untuk keluarga mertuaku....
Lepas magrib aku ke rumah atuk isteriku untuk menziarahi beliau yang mungkin masih bersedih di atas kehilangan isteri beliau.
Wednesday, 25 October 2006
Raya Kedua Di Sekinchan Selangor
Pagi raya kedua nie aku tak buat apa-apa selain dari basuh kereta. Aku asyik 'membuta' aje. 'Boring'.... tak tahu nak buat apa... maklumlah tempat orang...
Petang tu 'bara'an' perempuan datang tapi aku buat tak tahu aje... maklumlah semuanya perempuan. Takkan aku nak masuk campur. Lepas 'bara'an' selesai, aku dan isteri berkemas untuk pulang ke Muar. Magrib tu bapak mertuaku mendapat panggilan dari sepupu isteriku yang mengatakan nenek sebelah emak isteriku sakit gastrik. Alhamdulillah... sakit gastrik aje... Tak ada apa-apa... Lepas magrib iaitu kira-kira pukul 8.20 malam, aku dan keluargaku bertolak pulang ke Muar. Aku tiba-tiba teringin untuk mencuba Lebuhraya Guthrie yang baru tetapi tidak berjumpa... mana pulak nie???? Dah dekat Sungai Buloh pun tak jumpa-jumpa lagi. Aku betul-betul tension... Dahlah jalan ke Sungai Buloh tu macam ular... Isteriku asyik membebel aje... Sakit telinga aku.
Di sebabkan keghairahan mencuba lebuhraya baru, aku sampai ke Muar agak lewat iaitu kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Tuesday, 24 October 2006
Raya Pertama Di Selangor

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Lepas sembahyang subuh aku tengok tv sementara menunggu sembahyang hari raya. Pukul 8.20 pagi baru aku bertolak ke masjid. Aku naik kereta sendiri ke masjid. Bapak mertuaku dan adik iparku dah pergi dulu dengan motor.
Nampaknya raya tahun nie berbeza sikit dari raya-raya yang lepas. Kalau dulu nenek sebelah bapak mertuaku yang duduk serumah masih hidup tapi raya tahun nie sepi pulak rasanya. Arwah nenek isteriku baru meninggal pada Januari yang lalu. Kalau dulu semua orang termasuk mak cik dan pak cik isteriku akan datang dan bermaaf-maafan dengan nenek selepas pulang dari masjid. Kalau dulu rumah bapak mertuaku ini meriah sungguh. Namun kini segala-gala hanya tinggal kenangan.
Selepas bersalam-salaman dan bermaafan sesama sendiri, keluargaku dan keluarga mertuaku pergi ke rumah nenek sebelah mak yang terletak di seberang jalan besar. Nampaknya rumah nenek sebelah mak mertuaku benar-benar menjadi tumpuan. Ramai sungguh orang...
Kenangan foto arwah nenek sebelah emak mertuaku di hari raya pertama sebelum beliau meninggal di hari raya ketiga.
Selepas makan ketupat, kami beramai-ramai mengambil foto kenagan keluarga. Menurut Cik Dani yang juga adik kepada mak mertuaku, mereka tidak pernah mengambil foto beramai-ramai foto raya sebelum ini dan ini adalah kali yang pertama sepanjang hidup beliau. Entahlah....
Selepas itu kami pulang semula ke rumah mertuaku. Bapak mertua dan adik iparku pergi 'bara'an' lelaki atau kunjungan beramai-ramai dari rumah ke rumah oleh 'kaum adam'. Keluargaku dan mak mertuaku pergi ke rumah Mak Long dan Pak Ngah di tepi dan hadapan rumah. Dekat aje...
Semasa 'bara'an' datang ke rumah mertuaku, aku dan isteriku ke pasar Sekinchan untuk membeli barang keperluan jamuan 'bara'an' perempuan pada hari esok. Mak mertuaku menyuruh aku membeli barang untuk membuat ' laksa penang'. Nasib baik masih ada ikan kembong. Aku juga membeli telur ikan manyong tapi sikit sangat. Cuma dapat RM2 aje.
Malam tu kami sekeluarga pergi beraya ke Sungai Panjang dan Lubok Pusing. Hujan pulak tu.... Tengah malam baru sampai rumah.
Monday, 23 October 2006
Pulang beraya ke Sekinchan
Aku dan keluargaku bertolak pada jam 9.30 pagi ke kampung isteriku di Sekinchan Selangor. Hari ini aku bawak kereta perlahan aje. Kat 'highway' aku tak berani bawak lebih 110 km/j dan kat jalan biasa pulak aku tak bawak kereta lebih dari 80 km/j. Alamak... aku rasa lambat sangat nak sampai.... rasa ngantuk pulak...
Aku tidak terus ke rumah mertuaku tetapi ke Sg. Besar dulu.... maklumlah anak-anakku belum beli kasut lagi... tak sempat. Lepas tu baru aku balik ke rumah mak mertuaku. Nampaknya puasa yang terakhir tahun nie aku dapat berbuka kat rumah mertuaku.
Malam tu aku seronok tengok anak-anakku bermain bunga api. Adik iparku Hafiz dan eNor yang beli. Tak kisahlah....