Friday, 31 August 2007

Aina masuk pertandingan melukis




Pagi hari kemerdekaan itu aku menghantar anakku ke K-Mart Tanjung Agas yang terletak di sebelah rumahku untuk membolehkan anakku memasuki pertandingan melukis kanak-kanak.

Memang ramai yang bertanding dan mereka terdiri daripada kanak-kanak melayu dan cina. Aku tidak melihat seorang pun kanak-kanak India. Kenapa yea?

Aku lihat sebahagian kanak-kanak membawa sendiri meja dan kerusi maka aku pun balik ke rumah untuk mengambilnya. Anakku Aina kelihatan takut-takut untuk melukis. Mungkin kerana crayon yang diwajibkan untuk melukis bukanlah sesuatu yang pernah beliau gunakan. Ini menyebabkan lukisan beliau agak comot.

Tak kisahlah.... menang atau kalah bukan perkara utama kerana yang penting tema hari kemerdekaan perlu disemaikan ke atas kanak-kanak sedari awal lagi agar tiada lagi warga Muar yang tidak peka dengan sensitiviti berbilang kaum di Malaysia.

Thursday, 16 August 2007

Bertolak ke Subang




Hari ini aku dan keluargaku akan bertolak ke rumah adikku Aiza yang berada di Subang sebelum kami semua pergi ke Pulau Pinang untuk Majlis Konvokesyen USM dimana adikku akan menerima ijazahnya.
Emak dan ayahku telah pun bertolak pagi tadi ke rumah adikku Zaharah yang berada di Alor Gajah Melaka. Kedua ibu-bapaku akan menaiki van adikku ke rumah Aiza kira-kira jam 6 petang.
Sebelum bertolak ke Subang aku dan keluargaku makan dahulu di Parit Bunga. Gerai makanan itu tidak pernah kami singgah sebelum ini. Boleh tahan juga laksanya. Anakku yang bongsu iaitu Aiman merenggek inginkan buah mata kucing yang ada bersebelahan kedai makan itu. Tak sedap. Menyesal aku beli. Kami bertolak ke Subang kira-kira jam 10.30 malam dan sampai kira-kira jam 12.30 malam. Kalau tak lagi awal tetapi kami telah tersesat sikit.