Setelah lebih 10 tahun, akhirnya aku mengucapkan Selamat Tinggal kepada Homesnliving Industries (M) Sdn Bhd.
Walaupun terlalu berat untuk meninggalkan syarikat yang telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis, aku terpaksa nekad berhijrah demi masa depanku.
Sebenarnya sebelum ini aku tidak begitu yakin samada keputusan yang akan aku buat ini betul atau salah tetapi aku tiba-tiba memperolehi kekuatan dan semangat bahawa rezeki ada di mana-mana.
'HIJRAH'..... Itulah ayat keramat yang aku pinjam dari penghijrahan rasulullah s.a.w. yang menjadi tangkal keyakinanku...
Insyallah... Langkahku pasti berjaya....
Sebelum aku melangkah pergi, bossku Mr Tan (kini bekas boss) berkata jika aku tak mampu mengharungi ribut, taufan dan badai di luar sana.... pintu Homesnliving sentiasa terbuka untukku. Kata-katanya membuat aku terharu.....
"Terima kasih dan Selamat Tinggal kepada Homesnliving"