Monday, 10 September 2007

Aku di Shanghai China



Ramai yang mempertikaikan kenapa Bossku mengajakku ke Shanghai. Setiap kali ada exhibition ada furniture fair, "Kenapa Aizan yang kerja kat Human Resource Department boleh 'join' Marketing Department?." 'Aizan kan melayu, boleh ke dia buat marketing?". Itulah soalan atau cakap-cakap belakang yang selalu aku dengar dan kadang-kadang berunsur perkauman. Namun aku perduli apa... Redah jer.......

Aku tak pernah keluar negara sebelum ini malah inilah kali pertama aku menaiki kapal terbang. Pada pukul 1.40 pagi 10/9/2007, aku bertolak ke Shanghai China untuk 2007 Shanghai International Furniture Fair selama seminggu sehingga 16/9/2007.

Aku tiba di Pudong International Airport Shanghai kira-kira jam 7.30 pagi. Kami menaiki teksi airport ke hotel selama 40 minit dengan bayaran RMB200 atau RM100. Driver tu bawak macam pelesit. Takut aku...


Aku tengok kat sini kesemua teksi adalah dari jenis VW. Kenapa yea? Kereta jenama BUICK juga banyak kat sini.

Rupa-rupanya kereta tu keluaran Shanghai GM (General Motor) pengeluar automotif terbesar dunia. Aku tiba di Pudong International Airport Shanghai kira-kira jam 7.30 pagi. Kami menaiki teksi airport ke hotel selama 40 minit dengan bayaran RMB200 atau RM100. Driver tu bawak macam pelesit. Takut aku... Aku tengok kat sini kesemua teksi adalah dari jenis VW. Kenapa yea?


Kereta jenama BUICK juga banyak kat sini. Rupa-rupanya kereta tu keluaran Shanghai GM (General Motor) pengeluar automotif terbesar dunia.

Kami berenam akan menginap di Lujiazui Century Hotel bertaraf tiga bintang yang terletak di dalam kawasan Shanghai New International Expo Centre (SNIEC). Senang sikit nak berulang-alik antara bilik pameran dengan bilik hotel. Hanya lima minit berjalan kaki ke booth kami.

Tak sampai lima minit berehat bosku dah mengajak kami ke booth. Tak sempat aku nak tarik nafas sikit. 2007 Shanghai International Furniture Fair sangat besar dengan keluasan 220,000 sq.m. dan 1,600 'exhibitor'. Sampai aje kat booth aku tengok booth kami terlalu simple dan standard. Tak ada 'renovation' langsung. Booth-booth lain semuanya hebat-hebat. Kami semua bertungkus lumus membuka balutan perabot yang di bawa dengan kontena dari Muar dan memasangnya sendiri. Penat!

Waktu tengahari bossku membawa kami makan ke sebuah kedai makan berjenama Eropah. Hanya kedai makan ini sahaja yang telah dibuka di sini. Kedai makan yang lain akan dibuka esok. Alamak! Kebanyakan makanan mempunyai resepi babi. Macamana aku nak makan nie?

Pada mulanya aku tak nak makan langsung sebab takut kalau-kalau ada daging babi kat masakan tu. Nasib baik ada spagetti kat kedai makan tu jadi tengahari tu aku makan spagetti aje. Macam orang putih pulak aku.





Hari ini 11 September 2007 adalah hari kedua aku di Shanghai. Selepas mengemas booth kami untuk kali terakhir, bossku membawa kami ke bandar Shanghai kira-kira jam 4.15 petang. Kami menyewa van persiaran dengan bayaran RMB400 atau RM200.



Aku tak sangka bandar Shanghai lebih maju daripada apa yang aku sangkakan. Impianku untuk melihat dari dekat Oriental Pearl TV Tower tercapai jua... Apa yang lebih menyeronakkan ialah aku bukan sahaja dapat melihatnya dari dekat tetapi juga dapat memasukinya hingga ke atas. Bayaran masuk adalah RMB80 atau kira-kira RM40 kita.



Kat tower tu aku dapat melihat Sungai Huangpu dan pusat kewangan beratus tahun lalu iaitu 'The Bund' sepanjang 1.5km di Jalan Zhongshan dengan senibina Baroque, Classicism, Gothic, Romanesque and Renaissance. Ia juga dikenali sebagai 'Paris of the East'. Kat sinilah biasanya cerita-cerita kongsi gelap diguna pakai oleh penerbit filem Hong Kong untuk filem dan drama mereka. Kat sinilah juga terletaknya ibu pejabat Hong Kong & Shanghai Banking Corporation (HSBC) yang terkenal seluruh dunia.



Selepas melihat 'The Bund' dari atas Oriental Pearl TV Tower dan dari jauh, kami kemudian ke tempat tersebut dan melihatnya sendiri dari dekat. Memang cantik pemandangan dan keindahan di situ jika dilihat di waktu malam. Kedudukannya mengadap Sungai Huangpu menambahkan keindahannya.



Aku lihat orang Shanghai begitu kreatif terutama apabila melihat cara mereka mengiklankan sesuatu produk. Kekreatifan mereka terserlah apabila melihat beberapa kapal yang membawa skrin besar iklan LED berlegar-legar di Sungai Huangpu. Cantik bila dilihat pada waktu malam. Kalaulah benda nie ada kat Sungai Muar tentu cantik.



Kemudian kami ke sebuah tempat yang aku tak tahu namanya dan suasananya seperti Petaling Street di KL. Ada sebuah kuil di situ dan ia merupakan antara tarikan pelancong di Shanghai. Sayang aku tak tahu namanya. Kuil dan bangunan berhampirannya mempunyai senibina seperti zaman Dinasti cina suatu ketika dulu yang biasa kita lihat di dalam cerita-cerita kungfu. Sangat indah dan mengkagumkan.

Friday, 31 August 2007

Aina masuk pertandingan melukis




Pagi hari kemerdekaan itu aku menghantar anakku ke K-Mart Tanjung Agas yang terletak di sebelah rumahku untuk membolehkan anakku memasuki pertandingan melukis kanak-kanak.

Memang ramai yang bertanding dan mereka terdiri daripada kanak-kanak melayu dan cina. Aku tidak melihat seorang pun kanak-kanak India. Kenapa yea?

Aku lihat sebahagian kanak-kanak membawa sendiri meja dan kerusi maka aku pun balik ke rumah untuk mengambilnya. Anakku Aina kelihatan takut-takut untuk melukis. Mungkin kerana crayon yang diwajibkan untuk melukis bukanlah sesuatu yang pernah beliau gunakan. Ini menyebabkan lukisan beliau agak comot.

Tak kisahlah.... menang atau kalah bukan perkara utama kerana yang penting tema hari kemerdekaan perlu disemaikan ke atas kanak-kanak sedari awal lagi agar tiada lagi warga Muar yang tidak peka dengan sensitiviti berbilang kaum di Malaysia.

Thursday, 16 August 2007

Bertolak ke Subang




Hari ini aku dan keluargaku akan bertolak ke rumah adikku Aiza yang berada di Subang sebelum kami semua pergi ke Pulau Pinang untuk Majlis Konvokesyen USM dimana adikku akan menerima ijazahnya.
Emak dan ayahku telah pun bertolak pagi tadi ke rumah adikku Zaharah yang berada di Alor Gajah Melaka. Kedua ibu-bapaku akan menaiki van adikku ke rumah Aiza kira-kira jam 6 petang.
Sebelum bertolak ke Subang aku dan keluargaku makan dahulu di Parit Bunga. Gerai makanan itu tidak pernah kami singgah sebelum ini. Boleh tahan juga laksanya. Anakku yang bongsu iaitu Aiman merenggek inginkan buah mata kucing yang ada bersebelahan kedai makan itu. Tak sedap. Menyesal aku beli. Kami bertolak ke Subang kira-kira jam 10.30 malam dan sampai kira-kira jam 12.30 malam. Kalau tak lagi awal tetapi kami telah tersesat sikit.

Thursday, 19 July 2007

Ke Putrajaya dan Melaka

Awal-awal pagi lagi aku dah bangun untuk ke Putrajaya. Aku bertolak dari Muar pada jam 5.45 pagi dan sampai kat Imigresen Putrajaya jam 7.45 pagi.
Alamak! Ramainya orang yang beratur nak ambik nombor. Aku rasa dalam 30 orang yang beratur masa tu.Tiba-tiba aku terfikir yang aku datang bukannya nak 'renew' pasport tapi nak ambik 'special pass' yang aku buat minggu lepas.
Aku cuba tanya pada seorang kakak yang berada di depanku samada aku perlu mengambil nombor atau tidak. "Tak payah dik. Adik letak salinan SP tu kat bakul kaunter sana tu....", katanya sambil menunjukkan kaunter yang dimaksudkan dengan hujung bibirnya.
Apalah....
Selepas mengucapkan terima kasih, aku pergi ke kaunter itu dan meletakkan salinan SP di dalam bakul plastik sepertimana yang dinyatakan oleh kakak tadi tu. Lama betul aku tunggu..... Pukul 9.30 pagi baru aku dapat pasport dan SP tu. Aku sarapan dan isi minyak dulu sebelum bertolak keluar dari Putrajaya kira-kira jam 10.00 pagi.
Masa kat highway Seremban aku 'race'dengan dua Avanza. Tak sangka aku yang Avanza sebenarnya laju. Tak padan dengan MPV.... Apa-apa pun akhirnya Avanza tu sedut asap kereta aku aje....He..he...he...
Aku sebenarnya bukan sengaja nak lumba sebab aku memang kejar masa. Aku kena sampai Imigresen Melaka kat Ayer Keroh sebelum office tu tutup untuk rehat tengahari. Nasib baik aku sampai awal.
Bila aku naik kat tingkat 3, aku tengok kat kaunter tertulis "Harap maaf! Talian komputer menghadapi gangguan!".
Alamak! apalah malang aku.....
Aku cuba bertanya kat kaunter dan pegawai tu kata talian komputer dah ok tapi lembab sikit. Akhirnya giliran aku sampai juga...

Pegawai Imigresen tu membebel sebab aku punya pasport tahun lepas buat kat JB, Special Pass buat kat Putrajaya dan kali ini renew kat Melaka pulak. Dia suruh aku tunggu dulu.
Aku pergi minum kat tingkat bawah. Lepas minum aku tertidur. Bila aku jumpa pegawai tu semula dia kata pasport aku tak cukup setahun. Aku tahu pasport tu mati 2010 jadi aku ambik pasport tu dan tunjukkan pada pegawai tu.
Dia minta maaf sebab tak nampak. Pukul 12.45 tengahari pasportku siap tapi stiker pulak salah tampal. Lain orang punya....

Saturday, 10 March 2007

Outstation di Lembah Klang



Export Furniture Exhibition 2007 Stadium Nasional Bukit Jalil


3 MAC 2007:

Aku, Peh dan Miss Lau bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil dari Muar jam 1.30 petang untuk melihat persiapan terakhir di 'booth' pameran kami. Nampaknya masih banyak yang perlu disiapkan. Bossku dan isterinya datang agak lewat. Selepas semuanya selesai, kami bertolak ke hotel penginapan kami di Hotel Sunway Pyramid Tower untuk 'check-in'.

Selepas 'check-in' barulah kami pergi makan. Walaupun hanya aku seorang muslim sahaja manakala lima orang yang lain tidak beragama Islam, mereka tetap menghormati aku dan makan bersama di kedai mamak. Walaupun begitu aku berjanji pada diriku bahawa esok aku akan makan sendiri untuk membolehkan mereka makan di tempat lain.

4 MAC 2007:

Pagi itu aku sarapan pagi kat cafe hotel. Makanan kat situ boleh tahan juga. Sedap...

Aku tak sangka hari pertama pembukaan EFE 2007 begitu ramai pengunjungnya. Sampai tak menang tangan nak layan 'buyer' dari luar negeri. Macam-macam ada. Ada orang putih, orang hitam dan macam-macam lagi. Ada negara yang tak pernah aku dengar. Hari ini aku dapat order empat kontena. Miss Tan, Miss Lim, Miss Tee dan Miss Toh juga datang ke EFE. Seronok dia orang melancong dari Muar tengok aku bekerja. Kesian aku.

Petang itu aku makan seorang diri kat KFC. Aku sendiri yang tak mahu makan dengan dia orang. Biarlah dia orang makan kat kedai cina.

5 MAC 2007:

6 MAC 2007:

7 MAC 2007:

Malam itu aku dan Miss Lau pergi ke Sunway Pyramid untuk membeli 'buah tangan' untuk anak-anakku. Lepas aku dan Miss Lau pergi shopping, Mr.Tan tiba-tiba menelefonku dan mengajak kami minum bersama.

Aku dan Miss Lau betul-betul terperangkap kerana ketika itu Mr.Tan berada di dalam disko.

8 MAC 2007:

Aku, Peh dan Miss Lau pergi ke Sunway Pyramid untuk berjalan-jalan. Aku kemudian menonton filem Mukhsin seorang diri kat pawagam. Tak sangka sedap jugak cerita tu. Teringat aku zaman bebudak dulu. Memang betul-betul nostalgia.

9 MAC 2007:

Hari ini aku, Mr.Peh, Miss Lau, Mr.Tan dan Leslie pergi ke MIFF atau Malaysian International Furniture Fair 2007 di PWTC. Tak sangka pameran kat PWTC lagi hebat dan mengkagumkan. Penat juga berjalan kat MIFF. Petang tu kami pulang ke Muar. Kereta Mr.Peh yang aku naiki asyik naik suhunya.

Aku geram kat MR.Peh sebab dia berhenti dekat Taman Peringatan Nilai. Kalau orang tak tahu mesti ingat tempat tu tempat pelancongan tapi sebenarnya ia cuma kawasan perkuburan orang-orang cina dan kristian.

Aku terkejut bila dapat tahu ada tanah kubur kat situ berharga 1/2 juta ringgit satu lot. Mahalnya.... Macam nak beli banglo sebuah. Siapalah yang beli kubur mahal macam tu?

Sampai kat rumah anak-anakku dah menunggu.... Nasib baik aku ada bawak hadiah untuk anak-anakku. Seronok mereka bermain permainan yang aku beli.

Thursday, 25 January 2007

Hari yang malang

Aku benar-benar geram dengan satu budak Nepal nie. Hari nie dia hilang lagi. Dia sebenarnya guard kat kilang aku tapi semalam dia tak baling kilang dan membiarkan pagar kilang terbuka dengan luas tanpa ada sesiapa yang tutup. Nasib baik tak ada pencuri yang masuk.
Memanglah kat kilang aku ada kamera CCTV tapi kalau dah hilang susah jugak. Dia tu memang degil betul. Tak serik-serik. Dah kena denda RM1000 pun buat hal lagi.
Hari nie aku dan boss aku meeting pasal budak nie sampai dekat sejam. Kita orang ambik keputusan ganti aje orang lain dan lepas tu suruh dia balik Nepal.
Pukul 10.30 aku pergi ke Maybank Parit Jawa untuk membuat bank draf bayaran Fomema. Lepas tu aku terus ke Johor Bahru melalui Batu Pahat dan Air Hitam.
Sampai kat Imigresen Johor Bahru lebih kurang pukul 1.30 petang. Aku pergi makan tengahari kat warung sebelah Imigresen dulu sebab pejabat dibuka pukul 2.00 petang nanti. Aku makan nasi ayam kat situ. Nasi ayamnya cuma RM3.00 aje dan ayamnya banyak sampai aku tak habis. Tak sangka pulak kat JB masih ada tempat makan yang murah macam nie.
Lepas makan aku pergi ke Imigresen. Nasib aku malang hari nie sebab talian komputer 'off line'. Tak dapat aku buat report pekerja lari. Aku cuma dapat ambil pasport yang sudah siap sahaja. Selepas itu aku ke KWSP JB untuk mendapatkan penyata KWSP aku. Mesin kiosk kat situ ada masalah sebab penyatanya tak keluar. Aku betul-betul geram.
Aku kemudiannya pergi ke Fomema untuk membuat bayaran. Nasibku sekali lagi malang sebab talian juga 'off line' kat situ. Terpaksa aku tinggalkan saja dokumen dan bank draf kat situ. Aku mintak dia hantar dengan kaurier dan aku membayar RM8.30.
Semasa aku balik aku tidur dahulu kat Hentian Kulai sebab mengantuk sangat. Aku samapi rumah lebih kurang pukul 5.30 petang. Isteriku tak ada rumah hari nie sebab bekerja shif petang manakala anak-anakku kat rumah makku. Pukul 6.30 petang baru aku pergi rumah makku. Hari nie makku masak mee hoon sup.

Monday, 22 January 2007

'Kantoi' dengan polis


Gambar Atas: Kuala Lumpur aku datang..... (Foto oleh Aizan)

Aku ke Kuala Lumpur hari nie. Pukul 7.30 pagi aku dah bertolak. Sampai kat Tol Tangkak, Hamdan menelefonku. Dia kata dia ada nampak aku memotongnya kat batu 10 tadi. Dia suruh aku berhati-hati sebab mungkin ada 'speed trap' hari nie.

Aku tak dengar nasihat Hamdan dan terus memecut 140 km/j sebab nak cepat. Tiba-tiba kat Tol Merlimau aku ditahan oleh polis. Alamak! Polis tu kata aku bawak 127 km/j. Aku rasa alat speed trap tu mesti rosak sebab aku bawak 140 km/j dan bukannya 127 km/j. Aku diam saja bila polis tu mintak lesen. Nak saman... samanlah sebab aku memang salah. Tunggu punya tunggu tiba-tiba polis tu cakap "tak apalah kali nie saya bagi amaran aje". Hah! Aku terkejut!

Alhamdulillah...... Kemudian aku singgah kat Hentian Ayer Keroh untuk sarapan pagi. Hamdan menelefonku dan mengatakan dia pun kena tahan. Dia 'settle' dengan RM50. Kalau aku jadi dia lebih baik kena saman sebab ada tempoh dan kita bayar kat kerajaan. Sekurang-kurangnya duit tu boleh kerajaan gunakan untuk pembangunan negara.


Gambar atas: Suasana kat Suria KLCC

Aku sampai kat Tol Sungai Besi Kuala Lumpur pada pukul 9.47 pagi. Lepas tu aku letak kereta kat KLCC. Jimmy (agen pekerja Bangladesh) masih kat Klang lagi. Sementara menunggu Jimmy, aku pergi ronda-ronda kat KLCC Suria dan Kuala Lumpur Convention Centre untuk melihat pameran tamadun Islam.
Gambar atas: Atas demo kosmetik kat Suria KLCC
Seronok juga tengok pameran tamadun Islam kat situ. Baru aku tahu rupa-rupanya tamadun Islam sebenarnya lebih awal dari barat.
Aku dapat sekeping kalendar sebagai cenderahati. Dalam pukul 11.30 pagi baru Jimmy sampai. Kemudian kami terus ke BAIRA.

Gambar atas: Kuala Lumpur Convention Center dimana terletaknya pameran Tamadun Islam yang aku pergi (Foto oleh Aizan)

Tahap keselamatan kat BAIRA amat tinggi. Susah nak masuk situ kalau tak ada sebab dan bukan wakil syarikat. Aku diminta untuk mengambil cop jari biometrik sebelum dibenarkan mengambil surat pengesahan BAIRA.
Selepas selesai di BAIRA aku kembali ke KLCC dan terus balik ke rumah. Sebelum balik aku membeli ayam KFC di Tol Sungai Besi dahulu. Aku sampai di Tol Tangkak pada pukul 3.29 petang. Aku terus ke rumah dan tidak ke pejabat lagi.

Saturday, 13 January 2007

Majlis Perkahwinan Siti

Hari nie aku, Miss Tan, Miss Lim dan Miss Tee pergi ke rumah Siti, bekas rakan sekerja kami untuk maslis perkahwinan beliau.
Aku tengok dia gunakan tema hijau. Semuanya hijau termasuk pelamin, baju pengantin, baju mak-bapak dia dan lain-lain. Nasib baik nasi minyak tak hijau.
Kami bagi hadiah kipas dan seterika untuk Siti. Beli yang murah aje.