Tak pernah aku makan di sini. Tak tahu sedap ke tak. Order Nasi Goreng Belacan.
Diari Anakmuar
Wednesday, 18 December 2013
Saturday, 26 May 2012
Blog yang dah lama bertapa....
Entah kenapa aku tetiba teringat blog aku. Macam dah purba dan bersawang lak aku rasa... Tak tahu nak teruskan ke tak... Maklum ler sekarang nie orang dah tak main blog-blog nie.. orang purba macam aku jer yang masih layan benda nie... Dah hari-hari ngadap facebook sampak blog pun kemana...
Tuesday, 28 September 2010
Saturday, 1 May 2010
Esok Rina kembali bertugas
Esok Rina pembantuku akan kembali bertugas. Alhamdulillah.... semasa ketiadaan Rina yang mempunyai pengalaman bersama AX, tiada masalah besar yang berlaku.
Aku yakin kehadiran kembali Rina akan mengukuh dan menguatkan kedudukan HR Department di syarikat ini. Aku telah menyusun beberapa perancangan serta pembahagian tugas untuk dikongsi bersama.
Monday, 19 April 2010
Pejabat di pecah masuk
Hari kedua aku di AX:
Aku menerima ujian pertamaku di sini apabila menerima berita pejabat kami dipecah masuk dan menyebabkan beberapa barang berharga telah hilang.
Pening aku dibuatnya.... Aku membuat laporan polis tentang kecurian tersebut.
Selamat Datang Ke AX Furniture
Aku sampai awal ke tempat kerja baruku. Waktu kerja di sini dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 pagi berbanding 8.00 pagi hingga 5.00 petang di tempat lama. Mungkin sebab tu aku terawal sedikit.
Aku menunggu Rina, HR Clerk yang sepatutnya bercuti selama dua minggu tetapi masuk setengah hari untuk membantu memperkenalkan aku dengan AX.
Tak lama kemudian Rina masuk dan membawaku melawat kilang termasuk di Bukit Mor.
Boleh tahan juga syarikat nie... aku ingatkan kilang 'Cap Ayam' tapi okey rupanya. Malah keuntungan syarikat ini melebihi keuntungan di syarikat lamaku walaupun kecil dari segi modal berbayar. Data nie aku dapat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Thursday, 15 April 2010
Selamat Tinggal Homesnliving
Setelah lebih 10 tahun, akhirnya aku mengucapkan Selamat Tinggal kepada Homesnliving Industries (M) Sdn Bhd.
Walaupun terlalu berat untuk meninggalkan syarikat yang telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis, aku terpaksa nekad berhijrah demi masa depanku.
Sebenarnya sebelum ini aku tidak begitu yakin samada keputusan yang akan aku buat ini betul atau salah tetapi aku tiba-tiba memperolehi kekuatan dan semangat bahawa rezeki ada di mana-mana.
'HIJRAH'..... Itulah ayat keramat yang aku pinjam dari penghijrahan rasulullah s.a.w. yang menjadi tangkal keyakinanku...
Insyallah... Langkahku pasti berjaya....
Sebelum aku melangkah pergi, bossku Mr Tan (kini bekas boss) berkata jika aku tak mampu mengharungi ribut, taufan dan badai di luar sana.... pintu Homesnliving sentiasa terbuka untukku. Kata-katanya membuat aku terharu.....
"Terima kasih dan Selamat Tinggal kepada Homesnliving"

Subscribe to:
Comments (Atom)