Sunday, 25 October 2009

Setelah 10 tahun…. akhirnya…

Setelah 10 tahun aku bekerja sebagai HR & Admin. Manager kat tempatku kerja sekarang ini… akhirnya 19/10/2009 aku mempunyai assistantku sendiri.

Kalau tak sebelum ini akulah manager, akulah officer dan akulah kerani. Semua kerja kat departmentku aku lakukan seorang.

Paling susah ialah bila aku out-station dan tiba-tiba ada masalah kat kilang. Masa tu memang pening punya.

Jenuh nak layan karenah hampir 250 pekerja yang kebanyakannya pekerja asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Indonesia.

Kalau orang sibuk pasal 1Malaysia, company aku boleh dianggap sebagai 1Asia. Macam-macam ada…..

Susah juga nak kawal macam-macam bangsa nie. Perkara paling penting adalah untuk memastikan keadilan dan tidak terlalu cenderung kepada sesuatu bangsa. Contohnya kalau aku ambil tindakan tegas terhadap Myanmar yang selalu tidak datang bekerja, mereka akan berkata “kenapa Nepal boleh” dan macam-macam lagi. Jadi kalau nak hukum…. hukuman adalah sama.

Aku harap assistant aku Dewi Mashitah yang mempunyai pengalaman kerja sebelum ini dapat meringankan bebananku terutama kerja-kerja berkaitan rekod pekerja.

Friday, 23 October 2009

The Times-Telegram Buat YOKO

salahkah diriku
bila ku berkata
kau pendusta
kau salahkan diriku
silap ku anggap kau penawar
kau racun berbisa
kau racun fikiranku
ketara berbeza caramu
dengan caraku
kian berubah
kotornya/naifnya hidupmu
silap ku anggap kau cahaya
bidadari syurga
kau mungkiri janjimu
7 lautan sanggup ku renang
luas benua untuk ku rentas
selamatkan mahkotamu
dunia penuh dugaannya
jahat hasutan manusia
selamatkanlah dirimu...

The Times - Lagu Bintang

*
Oh bintang
Paling jauh
Ku cuba tuk memetikmu
**
Semalam ku terjatuh
Kau sambut walau berdebu
Sejuknya di malam itu
Musim bunga atau salju
Bertemu...
Oh bintang
Paling jauh
Ku cuba tuk memanggilmu
Semalam ku terjatuh
Kau dakap walaupun halus
Sejuknya di malam itu
Musim bunga atau salju
Bertemu...
***
Gugurlah bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
Lagu Bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
ULANG *, **, ***
Lagu Bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
Lagu Bintang
Langit terang
Di taman sepi mimpiku
Sepi mimpiku 4x

The Times - Khayal Khayalan

Bahaya sedang menunggu mu.....(2X)

Disebalik awan kelabu..

Berpaling wajah satu persatu..

Terjalin hubungan

Oh dunia tanpa bicara..

Gelora Asmara...

Rembulan jatuh kita berlari..

Mengejar onak ranjau berduri..

Diwaktu malam

Oh Mawar ku hilang

Entah di mana

Angkara siapa???

C/O:

Jangan di ganggu milek ku

Hanya dia yang kusuka

Usah di rayu hatimu

Kelak bencana akan menimpa..........

bahaya sedang menunggumu...

dalam dakapanku....

sedang menunggumu...

khayal khayalanku....

The Times - Pesona Algebra

Bila kau berlalu
Menghampiriku
Bersahaja
Tak perlu malu

Bukanku tak mahu
mendekatimu
Kau ternyata
Cherita lama

Kau masih begitu
Angkuhnya sikapmu
Simpan saja
Semua egomu

Bukan ku tak tahu
Oh isi hatimu
Kau ternyata cherita lama

Korus:
Berat matamu
Memerhatiku
fikiran buntu
Mengenangkanku
Sesal bertemu
Melepaskanku
Di angin lalu

Saturday, 17 October 2009

Minggu bekerja yang sibuk

Aku rasa sepanjang minggu bekerja antara 12/10/2009 hingga 17/10/2009 merupakan antara minggu yang tersibukku. Entahlah.... macam-macam dugaan yang berlaku.

Betul-betul tertekan aku dibuatnya. Minggu ini juga aku terpaksa memilih staff baru untuk jawatan HR Clerks dan Shipping Clerks.

Dalam banyak-banyak calon yang datang aku telah memilih dua orang calon yang sesuai. Kedua-duanya dari kampung yang sama. Aku meminta mereka mula bertugas pada hari Isnin nanti. Tak tahulah samada mereka benar-benar ingin bekerja atau tidak.

Aku tak kisah sangat sebab aku dah sediakan 'calon kecemasan'. Hahaha...

Minggu ini juga menyaksikan 15 staff termasuk kedua-dua bossku tidak ada di pejabat selama 3 hari. Aku, Zaidi dan Su diamanahkan untuk mengambilalih keseluruhan kilang. Pening dibuatnya. Kesemua mereka pergi tanpa menyiapkan tugas mereka. Kelam-kabut juga. Nasib baik kami dapat menyelesaikan kesemua masalah yang datang.

Hari Sabtu 17/10/2009 yang merupakan antara hari-hari terakhir Syawal menyaksikan rumah-rumah terbuka masih diadakan. Aku sempat pergi dua rumah kawan isteriku dan malamnya jamuan hari raya anjuran UMNO dan Pakatan Tunas Pt Haji Othman.

Ketua UMNO Cawangan PT Hj Othman yang juga merupakan ahli Parlimen Ledang YB Hj Hamim Samuri merasmikan majlis tersebut.