Aku bertolak ke Melaka 7.30 pagi. Aku kena sampai awal sebab takut ramai orang kalau sampai selepas 8.30 pagi. Terpaksalah aku memecut lagi. Sampai berdekatan simpang Muar – Melaka – Ayer Keroh, keretaku tiba-tiba mati ketika sedang memotong.
Alamak! Habislah… nasib baik aku sempat membelok ke tepi sebelum kereta berhenti. Aku cuba menghidupkan enjin semula. Enjin boleh dihidupkan tetapi ada bunyi yang kuat.
Aku rasa aku pernah kena macam nie setahun yang lalu kat simpang Sri Tanjung dan Bakri - Muar. Mekanik tu marah aku sebab aku teruskan bergerak walaupun hanya untuk satu kilometer. Dia kata ia menyebabkan enjinku bertambah rosak. Pelik! Takkan baru setahun repair dah rosak lagi benda yang sama?
Aku telefon boss-bossku. Dia suruhku memanggil lori tarik untuk membawa keretaku ke Muar. Apalah….. Bagilah idea baik sikit. Dia ingat upah tarik tu murah?
Tiba-tiba aku teringatkan Pak Longku yang tinggal di Taman Bachang Melaka. Nasib baik dia ada. Pak Long tiba di tempat keretaku rosak kira-kira jam 9.30 pagi. Dia bawak mekanik sekali.
Mekanikku kata dia tak boleh bawak kat situ. Kena tarik ke bengkel. Alamak! Tarik juga……
Aku dan Pak Longku meninggalkan mekanik tu di situ menunggu kereta tarik sampai. Aku kemudian ke Fomema untuk menyelesaikan kerja yang sepatutnya kubuat. Nasib baik orang tak ramai. Lepas tu aku sarapan dahulu sebelum ke bengkel.
Sampai di bengkel aku lihat keretaku belum sampai lagi. Selepas 30 minit baru keretaku sampai.
Kemudian aku ke rumah Pak Long untuk makan tengahari dan sembahyang Zohor. Pukul 4 petang baru aku ke bengkel. Tak bukak lagi enjinku.
Sementara itu aku dan Pak Long ke Tesco sekejap. Selepas sejam kami ke bengkel semula. Mekanik tu menunjukkan kerosakan yang ada pada keretaku. Kosnya RM650 ke atas. Kalau nak cepat kena tukar enjin baru. RM1250 katanya. Itu belum lagi masuk upah tukar no chasis kat JPJ.
Inilah enjin keretaku yang dibedah oleh mekanik.
Kalau repair 3 hingga 4 hari baru siap. Aku membawa pulang kereta Pak Long (kereta Proton Saga lama) untuk balik ke Muar. Aku sampai di Muar kira-kira jam 7.15 petang.
Selepas maghrib aku dan keluargaku ke Wetex untuk membeli kotak anak-anakku yang bersekolah di Tadika Kemas. Mahal jugak kotak-kotak tu.