Rabu 11/2/2009:
Geram aku hari nie… pagi-pagi lagi pekerja Bangla dah buat hal. Si Babul dengan Mohasin ‘komplen’ kat aku pasal Abdul Jalil. Dia kata Abdul Jalil tidur lambat sebab tengok TV. Susah kawan-kawan lain nak tidur.
Dia juga cakap Abdul Jalil suruh 2 budak contract, Manik dengan Sabuj jangan dengar cakap aku supaya pindah ke hostel baru. Apa lagi….. melentinglah aku…… Aku dah pesan kat dia orang baik-baik supaya pindah tetapi tak nak dengar.
Aku keluarkan ‘warning letter’ dengan denda RM100 setiap seorang. Sebenarnya bukan aku nak denda sangat pun… saja nak tengok reaksi diorang…. Kalau dia orang mintak maaf, aku ‘cancel’lah nanti.
Aku pun serahkan ‘warning letter’ tu kat diaoarang berdua. Lepas tu aku panggil Abdul Jalil sebab aku nak dengar sendiri penjelasan beliau. Aku tak naklah dengar penjelasan dari satu pihak aje.
Abdul Jalil menyatakan perkara itu berpunca dari almari dapur yang dibolot secara berlebihan oleh pengadu iaitu Babul dan Mohasin. Ceh… patutlah….. Nasib baik aku siasat dulu…….
Lepas tu aku ke kilang di Parit Bakar. Aku kemudian pergi ke bandar untuk memasukkan cek…. Aku dengar kat radio Muar tengah ‘jem’ sebab ada lumba basikal. Aku cuba jalan lain. Nasib baik aku pandai. Aku parking jauh sikit.
Kat Maybank ramai orang pulak hari nie. Lama aku kat situ. Lepas ambik buku cek, aku pergi makan mee bandung kat kedai makan Hanafiah. Sedap betul mee bandong dia.
Tengahari tu Manik dengan Sabuj menemuiku dan merayu supaya tidak di denda…. Mereka juga memohon maaf padaku…. He..He..He… Sebenarnya inilah yang kemahu…. Aku maafkan dia orang dan memberi tempoh sebelum 20/2/2009 untuk berpindah.
No comments:
Post a Comment