Hari ini aku dan Rohaiza akan ke Majlis Pelancaran Program Home Working Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 di Segamat, Johor. Kami bertolak jam 8.45 pagi.
Jalan ke Segamat memang memeningkan kepala. Macam ulat kena ketuk…. Belok kiri, belok kanan…. Selekoh pulak semuanya selekoh ‘L’. Kalau orang tak cekap atau bawak laju ‘confirm’ terbabas punya. Buktinya… di semua selekoh besi penghadangnya dah hancur kena langgar. Tapi apasal tak ganti baru?
Sampai di Bandar Segamat kami sesat pula. Tak dapat cari Dewan Jubli Intan. Nasib baik budak kerja Petronas tunjukkan aku jalan ke dewan tu. Sampai kat dewan dah pukul 10.30 pagi. Lamanya….
Aku disambut oleh Encik Shafee Pejabat Buruh Muar. Dia cakap aku majikan pertama yang datang dari Muar. Aku tengok peserta Olli Collection dengan MAN Electronics tak datang lagi.
Kesian aku tengok Dewan Jubli Intan Segamat. Sudahlah kecik, tak ada air-con pulak. Kesian-kesian…..
Tak lama lepas tu baru Zainal dari MAN Electronics sampai. Aku tengok dia datang seorang sahaja. Dia cakap syarikat dia tak nak beri kerjasama. Kesian betul aku tengok dia.
Pentas yang bakal menyaksikan perasmian program Home Working oleh Menteri Smber Manusia.
Aku dan Rohaiza mengemas booth kami tapi nampak kosong sahaja. Kenapa yea? Aku baru teringat yang aku terlupa nak bawak katalog. Patutlah…. Nasib baik aku bawak laptop dengan ‘pen drive’. Aku masukkan gambar-gambar model lama produk keluaran syarikat ke dalam ‘pen drive’ untuk dicuci di kedai gambar.
Rohaiza sedang membuat demo. Waktu nie masih pagi. Tak ramai orang lagi.
Kalau ikut atucara majlis, ia akan bermula jam 2.30 petang. Jadi aku dan Zainal pergi mencari kedai gambar. Kami ke Giants Segamat tapi tak ada apa kat sana. Giants sana kecik aje. Berpusing-pusing kami cari kedai gambar. Nasib baik jumpa.
Gambar Atas: Antara syarikat dari Muar yang menyertai pameran di Segamat.
Gambar Atas: Antara syarikat dari Muar yang menyertai pameran di Segamat.
Gambar Atas: Antara syarikat dari Muar yang menyertai pameran di Segamat.
Mahal cuci gambar kat Segamat. Satu keping cuci gambar digital 4R harganya RM1.00. Kalau kat Muar cuma 40 sen hingga 60 sen sahaja ikut kuantiti yang kita cuci. Apa boleh buat… terpaksa…..
Aku dan Zainal kemudian mencari KFC. Maklumlah perut dah lapar. Aku bukan tak nak pergi kedai makan biasa tetapi sebab kat KFC ada resit…. jadi aku boleh ‘claim’ makan. Kami tak sempat sembahyang Jumaat sebab katanya acara bermula 2.30 petang. Lagi pun kami ‘musafir’ he he he…
Pukul 2.15 petang kami sampai ke dewan. Ketika itu baru aku dapat tahu acara sebenar perasmian adalah pada pukul 4.00 petang.
Rohaiza membuat demo kepada peserta yang berminat sebelum acara perasmian.
Geram betul aku. Macam orang bodoh aje kat booth. Pukul 3.30 petang baru aku duduk kat kerusi perasmian. Nak tertidur aku kat kerusi sebab mengantuk sangat.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam memberi ucapan.
Dekat 4.30 petang baru Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam tiba di dewan. Lepas ucapan barulah acara perasmian dan penyerahan sijil oleh menteri tersebut. Masa aku menerima sijil, Datuk sempat menanyaku beberapa soalan.
Duduk di meja yang dikhaskan untuk acara menandatangani MOU di hadapan Menteri.
Selepas itu aku duduk di meja untuk menandatangani MOU antara syarikat dan peserta Home Working di hadapan Menteri.
Antara syarikat yang menerima sijil.
Menteri Sumber Manusia sedang melihat upacara menandatangani MOU. Giliran yang paling akhir sekali.
Booth kami adalah booth pertama yang dilawati oleh Menteri…. jadi banyak yang Datuk tanyakan pada aku dan Rohaiza. Pening juga aku.
Ramai sungguh orang yang datang ke booth kami sampai tak terlayan. Sebelum perasmian tak ramai orang…. tapi selepas perasmian ramai betul orang.
Kami bertolak pulang ke Muar pada pukul 6.20 petang. Pukul 8.00 malam baru aku sampai di Muar. Sampai kat rumah kulihat isteriku sedang memasak udang…. wah…..sedapnya…..
No comments:
Post a Comment