Aku sampai awal ke tempat kerja baruku. Waktu kerja di sini dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 pagi berbanding 8.00 pagi hingga 5.00 petang di tempat lama. Mungkin sebab tu aku terawal sedikit.
Aku menunggu Rina, HR Clerk yang sepatutnya bercuti selama dua minggu tetapi masuk setengah hari untuk membantu memperkenalkan aku dengan AX.
Tak lama kemudian Rina masuk dan membawaku melawat kilang termasuk di Bukit Mor.
Boleh tahan juga syarikat nie... aku ingatkan kilang 'Cap Ayam' tapi okey rupanya. Malah keuntungan syarikat ini melebihi keuntungan di syarikat lamaku walaupun kecil dari segi modal berbayar. Data nie aku dapat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
No comments:
Post a Comment