Ramai yang mempertikaikan kenapa Bossku mengajakku ke Shanghai. Setiap kali ada exhibition ada furniture fair, "Kenapa Aizan yang kerja kat Human Resource Department boleh 'join' Marketing Department?." 'Aizan kan melayu, boleh ke dia buat marketing?". Itulah soalan atau cakap-cakap belakang yang selalu aku dengar dan kadang-kadang berunsur perkauman. Namun aku perduli apa... Redah jer.......
Aku tak pernah keluar negara sebelum ini malah inilah kali pertama aku menaiki kapal terbang. Pada pukul 1.40 pagi 10/9/2007, aku bertolak ke Shanghai China untuk 2007 Shanghai International Furniture Fair selama seminggu sehingga 16/9/2007.
Aku tiba di Pudong International Airport Shanghai kira-kira jam 7.30 pagi. Kami menaiki teksi airport ke hotel selama 40 minit dengan bayaran RMB200 atau RM100. Driver tu bawak macam pelesit. Takut aku...
Aku tengok kat sini kesemua teksi adalah dari jenis VW. Kenapa yea? Kereta jenama BUICK juga banyak kat sini.
Rupa-rupanya kereta tu keluaran Shanghai GM (General Motor) pengeluar automotif terbesar dunia. Aku tiba di Pudong International Airport Shanghai kira-kira jam 7.30 pagi. Kami menaiki teksi airport ke hotel selama 40 minit dengan bayaran RMB200 atau RM100. Driver tu bawak macam pelesit. Takut aku... Aku tengok kat sini kesemua teksi adalah dari jenis VW. Kenapa yea?
Kereta jenama BUICK juga banyak kat sini. Rupa-rupanya kereta tu keluaran Shanghai GM (General Motor) pengeluar automotif terbesar dunia.
Kami berenam akan menginap di Lujiazui Century Hotel bertaraf tiga bintang yang terletak di dalam kawasan Shanghai New International Expo Centre (SNIEC). Senang sikit nak berulang-alik antara bilik pameran dengan bilik hotel. Hanya lima minit berjalan kaki ke booth kami.
Tak sampai lima minit berehat bosku dah mengajak kami ke booth. Tak sempat aku nak tarik nafas sikit. 2007 Shanghai International Furniture Fair sangat besar dengan keluasan 220,000 sq.m. dan 1,600 'exhibitor'. Sampai aje kat booth aku tengok booth kami terlalu simple dan standard. Tak ada 'renovation' langsung. Booth-booth lain semuanya hebat-hebat. Kami semua bertungkus lumus membuka balutan perabot yang di bawa dengan kontena dari Muar dan memasangnya sendiri. Penat!
Waktu tengahari bossku membawa kami makan ke sebuah kedai makan berjenama Eropah. Hanya kedai makan ini sahaja yang telah dibuka di sini. Kedai makan yang lain akan dibuka esok. Alamak! Kebanyakan makanan mempunyai resepi babi. Macamana aku nak makan nie?
Pada mulanya aku tak nak makan langsung sebab takut kalau-kalau ada daging babi kat masakan tu. Nasib baik ada spagetti kat kedai makan tu jadi tengahari tu aku makan spagetti aje. Macam orang putih pulak aku.
Hari ini 11 September 2007 adalah hari kedua aku di Shanghai. Selepas mengemas booth kami untuk kali terakhir, bossku membawa kami ke bandar Shanghai kira-kira jam 4.15 petang. Kami menyewa van persiaran dengan bayaran RMB400 atau RM200.
Aku tak sangka bandar Shanghai lebih maju daripada apa yang aku sangkakan. Impianku untuk melihat dari dekat Oriental Pearl TV Tower tercapai jua... Apa yang lebih menyeronakkan ialah aku bukan sahaja dapat melihatnya dari dekat tetapi juga dapat memasukinya hingga ke atas. Bayaran masuk adalah RMB80 atau kira-kira RM40 kita.
Kat tower tu aku dapat melihat Sungai Huangpu dan pusat kewangan beratus tahun lalu iaitu 'The Bund' sepanjang 1.5km di Jalan Zhongshan dengan senibina Baroque, Classicism, Gothic, Romanesque and Renaissance. Ia juga dikenali sebagai 'Paris of the East'. Kat sinilah biasanya cerita-cerita kongsi gelap diguna pakai oleh penerbit filem Hong Kong untuk filem dan drama mereka. Kat sinilah juga terletaknya ibu pejabat Hong Kong & Shanghai Banking Corporation (HSBC) yang terkenal seluruh dunia.
Selepas melihat 'The Bund' dari atas Oriental Pearl TV Tower dan dari jauh, kami kemudian ke tempat tersebut dan melihatnya sendiri dari dekat. Memang cantik pemandangan dan keindahan di situ jika dilihat di waktu malam. Kedudukannya mengadap Sungai Huangpu menambahkan keindahannya.
Aku lihat orang Shanghai begitu kreatif terutama apabila melihat cara mereka mengiklankan sesuatu produk. Kekreatifan mereka terserlah apabila melihat beberapa kapal yang membawa skrin besar iklan LED berlegar-legar di Sungai Huangpu. Cantik bila dilihat pada waktu malam. Kalaulah benda nie ada kat Sungai Muar tentu cantik.
Kemudian kami ke sebuah tempat yang aku tak tahu namanya dan suasananya seperti Petaling Street di KL. Ada sebuah kuil di situ dan ia merupakan antara tarikan pelancong di Shanghai. Sayang aku tak tahu namanya. Kuil dan bangunan berhampirannya mempunyai senibina seperti zaman Dinasti cina suatu ketika dulu yang biasa kita lihat di dalam cerita-cerita kungfu. Sangat indah dan mengkagumkan.
No comments:
Post a Comment