Thursday, 25 January 2007
Hari yang malang
Aku benar-benar geram dengan satu budak Nepal nie. Hari nie dia hilang lagi. Dia sebenarnya guard kat kilang aku tapi semalam dia tak baling kilang dan membiarkan pagar kilang terbuka dengan luas tanpa ada sesiapa yang tutup. Nasib baik tak ada pencuri yang masuk. Memanglah kat kilang aku ada kamera CCTV tapi kalau dah hilang susah jugak. Dia tu memang degil betul. Tak serik-serik. Dah kena denda RM1000 pun buat hal lagi. Hari nie aku dan boss aku meeting pasal budak nie sampai dekat sejam. Kita orang ambik keputusan ganti aje orang lain dan lepas tu suruh dia balik Nepal. Pukul 10.30 aku pergi ke Maybank Parit Jawa untuk membuat bank draf bayaran Fomema. Lepas tu aku terus ke Johor Bahru melalui Batu Pahat dan Air Hitam. Sampai kat Imigresen Johor Bahru lebih kurang pukul 1.30 petang. Aku pergi makan tengahari kat warung sebelah Imigresen dulu sebab pejabat dibuka pukul 2.00 petang nanti. Aku makan nasi ayam kat situ. Nasi ayamnya cuma RM3.00 aje dan ayamnya banyak sampai aku tak habis. Tak sangka pulak kat JB masih ada tempat makan yang murah macam nie. Lepas makan aku pergi ke Imigresen. Nasib aku malang hari nie sebab talian komputer 'off line'. Tak dapat aku buat report pekerja lari. Aku cuma dapat ambil pasport yang sudah siap sahaja. Selepas itu aku ke KWSP JB untuk mendapatkan penyata KWSP aku. Mesin kiosk kat situ ada masalah sebab penyatanya tak keluar. Aku betul-betul geram. Aku kemudiannya pergi ke Fomema untuk membuat bayaran. Nasibku sekali lagi malang sebab talian juga 'off line' kat situ. Terpaksa aku tinggalkan saja dokumen dan bank draf kat situ. Aku mintak dia hantar dengan kaurier dan aku membayar RM8.30. Semasa aku balik aku tidur dahulu kat Hentian Kulai sebab mengantuk sangat. Aku samapi rumah lebih kurang pukul 5.30 petang. Isteriku tak ada rumah hari nie sebab bekerja shif petang manakala anak-anakku kat rumah makku. Pukul 6.30 petang baru aku pergi rumah makku. Hari nie makku masak mee hoon sup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment