Monday, 22 January 2007

'Kantoi' dengan polis


Gambar Atas: Kuala Lumpur aku datang..... (Foto oleh Aizan)

Aku ke Kuala Lumpur hari nie. Pukul 7.30 pagi aku dah bertolak. Sampai kat Tol Tangkak, Hamdan menelefonku. Dia kata dia ada nampak aku memotongnya kat batu 10 tadi. Dia suruh aku berhati-hati sebab mungkin ada 'speed trap' hari nie.

Aku tak dengar nasihat Hamdan dan terus memecut 140 km/j sebab nak cepat. Tiba-tiba kat Tol Merlimau aku ditahan oleh polis. Alamak! Polis tu kata aku bawak 127 km/j. Aku rasa alat speed trap tu mesti rosak sebab aku bawak 140 km/j dan bukannya 127 km/j. Aku diam saja bila polis tu mintak lesen. Nak saman... samanlah sebab aku memang salah. Tunggu punya tunggu tiba-tiba polis tu cakap "tak apalah kali nie saya bagi amaran aje". Hah! Aku terkejut!

Alhamdulillah...... Kemudian aku singgah kat Hentian Ayer Keroh untuk sarapan pagi. Hamdan menelefonku dan mengatakan dia pun kena tahan. Dia 'settle' dengan RM50. Kalau aku jadi dia lebih baik kena saman sebab ada tempoh dan kita bayar kat kerajaan. Sekurang-kurangnya duit tu boleh kerajaan gunakan untuk pembangunan negara.


Gambar atas: Suasana kat Suria KLCC

Aku sampai kat Tol Sungai Besi Kuala Lumpur pada pukul 9.47 pagi. Lepas tu aku letak kereta kat KLCC. Jimmy (agen pekerja Bangladesh) masih kat Klang lagi. Sementara menunggu Jimmy, aku pergi ronda-ronda kat KLCC Suria dan Kuala Lumpur Convention Centre untuk melihat pameran tamadun Islam.
Gambar atas: Atas demo kosmetik kat Suria KLCC
Seronok juga tengok pameran tamadun Islam kat situ. Baru aku tahu rupa-rupanya tamadun Islam sebenarnya lebih awal dari barat.
Aku dapat sekeping kalendar sebagai cenderahati. Dalam pukul 11.30 pagi baru Jimmy sampai. Kemudian kami terus ke BAIRA.

Gambar atas: Kuala Lumpur Convention Center dimana terletaknya pameran Tamadun Islam yang aku pergi (Foto oleh Aizan)

Tahap keselamatan kat BAIRA amat tinggi. Susah nak masuk situ kalau tak ada sebab dan bukan wakil syarikat. Aku diminta untuk mengambil cop jari biometrik sebelum dibenarkan mengambil surat pengesahan BAIRA.
Selepas selesai di BAIRA aku kembali ke KLCC dan terus balik ke rumah. Sebelum balik aku membeli ayam KFC di Tol Sungai Besi dahulu. Aku sampai di Tol Tangkak pada pukul 3.29 petang. Aku terus ke rumah dan tidak ke pejabat lagi.

No comments:

Post a Comment