Tuesday, 24 October 2006

Raya Pertama Di Selangor

Selasa 24/10/2006


Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Lepas sembahyang subuh aku tengok tv sementara menunggu sembahyang hari raya. Pukul 8.20 pagi baru aku bertolak ke masjid. Aku naik kereta sendiri ke masjid. Bapak mertuaku dan adik iparku dah pergi dulu dengan motor.

Nampaknya raya tahun nie berbeza sikit dari raya-raya yang lepas. Kalau dulu nenek sebelah bapak mertuaku yang duduk serumah masih hidup tapi raya tahun nie sepi pulak rasanya. Arwah nenek isteriku baru meninggal pada Januari yang lalu. Kalau dulu semua orang termasuk mak cik dan pak cik isteriku akan datang dan bermaaf-maafan dengan nenek selepas pulang dari masjid. Kalau dulu rumah bapak mertuaku ini meriah sungguh. Namun kini segala-gala hanya tinggal kenangan.

Selepas bersalam-salaman dan bermaafan sesama sendiri, keluargaku dan keluarga mertuaku pergi ke rumah nenek sebelah mak yang terletak di seberang jalan besar. Nampaknya rumah nenek sebelah mak mertuaku benar-benar menjadi tumpuan. Ramai sungguh orang...

Kenangan foto arwah nenek sebelah emak mertuaku di hari raya pertama sebelum beliau meninggal di hari raya ketiga.

Selepas makan ketupat, kami beramai-ramai mengambil foto kenagan keluarga. Menurut Cik Dani yang juga adik kepada mak mertuaku, mereka tidak pernah mengambil foto beramai-ramai foto raya sebelum ini dan ini adalah kali yang pertama sepanjang hidup beliau. Entahlah....

Selepas itu kami pulang semula ke rumah mertuaku. Bapak mertua dan adik iparku pergi 'bara'an' lelaki atau kunjungan beramai-ramai dari rumah ke rumah oleh 'kaum adam'. Keluargaku dan mak mertuaku pergi ke rumah Mak Long dan Pak Ngah di tepi dan hadapan rumah. Dekat aje...

Semasa 'bara'an' datang ke rumah mertuaku, aku dan isteriku ke pasar Sekinchan untuk membeli barang keperluan jamuan 'bara'an' perempuan pada hari esok. Mak mertuaku menyuruh aku membeli barang untuk membuat ' laksa penang'. Nasib baik masih ada ikan kembong. Aku juga membeli telur ikan manyong tapi sikit sangat. Cuma dapat RM2 aje.

Malam tu kami sekeluarga pergi beraya ke Sungai Panjang dan Lubok Pusing. Hujan pulak tu.... Tengah malam baru sampai rumah.

No comments:

Post a Comment