Khamis 26/10/2006
Selepas sampai di rumah Muar jam 12.30 tengah malam, aku masih tidak melelapkan mata. Aku sibuk mengemas dan mengeluar barang-barang 'khazanah' dari kereta. Sambil-sambil tu aku tengok juga rancangan raya yang ada kat tv. Kira-kira jam 2.30 pagi, isteriku mendapat panggilan telefon dari sepupunya di Sekinchan yang memberitahu nenek sebelah emak isteriku baru sahaja meninggal di Hospital Sabak Bernam ketika menunggu ambulans yang hendak membawanya ke Hospital Teluk Intan.
Aku dan isteriku terpingga-pingga apabila mendapat perkhabaran tersebut. Kami baru aje sampai dari Sekinchan tak kan nak ke sana semula? Sekinchan bukannya dekat, lebih 300 km jauhnya. Itu sekali jalan..... Penat aku pun belum habis lagi... Tak pergi pun susah jugak sebab yang meninggal tu nenek sebelah mak isteriku... pening-pening.... Dalam sibuk-sibuk memikir tu aku akhirnya tertidur.
Pagi itu aku mengambil keputusan untuk pulang semula ke Sekinchan. Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami sekeluarga bertolak semula ke Sekinchan Selangor. Aku yang mengantuk terpaksa cuba untuk 'membesarkan mata'. Aku hampir-hampir terbabas di Lebuhraya Elite antara Nilai dan Shah Alam akibat terlalu mengantuk. Nasib baik isteriku mengejutkanku yang terlelap sekejap ketika memandu. Sampai di hentian, aku tidur sekejap. Lepas tu baru aku meneruskan perjalanan.
Kami singgah makan tengahari di Restoren Tanjung di Tanjung Karang sebelum ke rumah arwah nenek sebelah emak isteriku. Maklumlah ada kematian, tentu kat rumah tu tak ada makanan. Daripada aku kebuluran nanti baik aku makan dulu.
Kami sampai ke rumah arwah kira-kira jam 2.30 petang. Rupa-rupanya arwah nenek telah dikebumikan pagi tadi. Tak apalah... sekurang-kurangnya aku dapat melawat juga.....
Petang itu aku dan keluargaku makan mee bandung special udang besar di tepi laut kampung isteriku... Sedap betul.... Aku bawak balik 3 bungkus untuk keluarga mertuaku....
Lepas magrib aku ke rumah atuk isteriku untuk menziarahi beliau yang mungkin masih bersedih di atas kehilangan isteri beliau.
No comments:
Post a Comment